ELEMEN
1. Ruang
(Space)
–
Ruang
adalah keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual, sama ada sebesar kertas
A4, kertas manila mahupun seluas padang bola
–
Ruang
terbahagi kepada dua jenis:
- Ruang
Positif – ruang yang digunakan.
- Ruang Negatif – ruang yang kosong.
2. Garisan
( Line )
•
Garis
adalah satu elemen yang paling ringkas dan amat mustahak. Tanpanya tidak akan
wujud gambaran objek, manusia, suasana dan lain-lain.
•
Ia
boleh didapati dalam bentuk dua dimensi ( cth. Lakaran pensil ) dan tiga
dimensi ( cth: Tali ).
•
Fungsi garisan ialah:
3.Permukaan(Surface)
•
Sesuatu
permukaan boleh dirawat dengan memberi warna dan tekstur.
•
Permukaan
yang kasar atau licin akan memberi kesan ke atas rupa garisan yang dibuat di
atasnya.
•
Jika
anda membuat garisan di permukaan papan hijau dan di papan putih perbezaan ini
dapat dilihat dengan jelas.
4.Bentuk Dua Dimensi (Shape)
•
Bentuk
dua dimensi mempunyai hanya dimensi panjang dan lebar seperti sekeping kertas.
•
Terdapat
tiga jenis bentuk dua dimensi:
a)
Bentuk geometri
b)
Bentuk abstrak
c) Bentuk
gambaran
5. Bentuk
Tiga Dimensi (Form)
Bentuk tiga
dimensi mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi. Ia boleh didapati dalam
dua kategori:
- Bentuk tiga dimensi sebenar adalah
bahan sebenar yang mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi, cth meja.
- Bentuk
tiga dimensi tiruan ia kelihatan seolah-olah mempunyai dimensi panjang, lebar
dan tinggi atau tebal, cth gambar foto dan lukisan yang diberi bayang.
Contoh,
lukisan dibawah ini yang menggunakan bayang untuk menunjukkan dimensi
ketebalan.
Prinsip
Reka Bentuk Visual
Berkaitan
dengan kaedah menggunakan elemen-elemen grafik agar visual menjadi
menarik. Terdapat enam prinsip reka
bentuk visual.
- Simplisiti
- Dominan
- Pola
- Seimbang
- Variasi
- Harmoni
SIMPLISITI
- Sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang
cepat dan jelas
- Sesuatu hasil mestilah nampak
mudah dibaca atau difahami tetapi masih boleh menarik perhatian
DOMINAN
- Pusat penumpuan atau minat
- Dalam sesuatu rekaan visual, objek atau item utama
mesti ditonjolkan
- Terdapat pelbagai cara untuk
mencapai dominan
- Menggunakan Peraturan Satu
Pertiga (Rule of Third)
Peraturan satu pertiga berasaskan
kajian yang menunjukkan bagaimana manusia menyaring sesuatu visual. Daripada
kajian itu, didapati perhatian tetumpu lebih disudut atas kiri daripada
tempat-tempat yang lain.
- Warna dan bentuk yang kontras
- Saiz yang lebih besar
- Menggunakan anak panah
menunjukkan ke arah item utama
- Menggunakan garis yang menunjuk
item utama
- Mewujudkan gerakan dalam rekaan
visual seperti pergerakan cecair, guli atau kipas
- Menggunakan lampu atau cahaya
memancar.
POLA
- Berkaitan dengan soal susunan
item-item dalam sesuatu rekaan visual.
- Aspek susunan ini amat dititikberatkan
kerana ia dapat
- Menarik penglihatan mata ke
arah item utama
- Menggerakkan penglihatan mata
kepada keseluruhan visual dalam arah yang betul
- Mengekalkan penglihatan mata
dan seterusnya mengikuti aliran persembahan sampai ke titik akhir
SEIMBANG
- Keseimbangan perlu dalam rekaan
sesuatu visual
- Elemen grafik disusun seimbang
agar mempunyai daya penarik dan keselesaan mata memandang
- Terdapat dua jenis seimbang
- Seimbang formal : seimbang yang sama atau simetri di
antara kedua- bahagian kiri dan kanan atau atas dan bawah
- Seimbang tidak formal : bermakna
pembahagian yang tidak sama rata.
VARIASI
- Variasi menyokong pola untuk
meningkatkan tarikan terhadap
visual
- Penggunaan elemen-elemen dalam
sesuatu komposisi dapat menjadikan visual seolah-olah hidup
HARMONI
- Memberikan rasa yakin dan pasti
kepada penonton/ pembaca apabila melihat gabungan elemen-elemen grafik, aliran persembahan dan
kesatuan mesej.