- Elemen
grafik bermakna bahan-bahan asas yang digunakan untuk membentuk sesuatu
komposisi visual.
-
· Elemen Grafik terdiri daripada:
- Ruang ( Space )
- Garis ( Line )
- Permukaan ( Surface )
- Bentuk tiga dimensi ( Form )
- Bentuk dua dimensi ( Shape )
1. Ruang (Space)
– Ruang adalah keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual, sama ada sebesar kertas A4, kertas manila mahupun seluas padang bola
– Ruang terbahagi kepada dua jenis:
- Ruang Positif – ruang yang digunakan.
- Ruang Negatif – ruang yang kosong.
2. Garisan ( Line )
• Garis adalah satu elemen yang paling ringkas dan amat mustahak. Tanpanya tidak akan wujud gambaran objek, manusia, suasana dan lain-lain.
• Ia boleh didapati dalam bentuk dua dimensi ( cth. Lakaran pensil ) dan tiga dimensi ( cth: Tali ).
• Fungsi garisan ialah:
- Menunjukkan pergerakan dan arah atau aliran, seperti aliran sungai, tiupan angin, arah larian dan lain-lain
- Menunjukkan suasana aman atau ganas seperti letupan.
-
Menghubungkan antara satu elemen dengan elemen yang lain.
- Melukis objek atau benda,contoh: cawan, pasu dan lain-lain
- Menunjukkan kekusutan
- Menunjukkan kemegahan dan kekuatan seperti bangunan.
3.Permukaan(Surface)
• Sesuatu permukaan boleh dirawat dengan memberi warna dan tekstur.
• Permukaan yang kasar atau licin akan memberi kesan ke atas rupa garisan yang dibuat di atasnya.
• Jika anda membuat garisan di permukaan papan hijau dan di papan putih perbezaan ini dapat dilihat dengan jelas.
4.Bentuk Dua Dimensi (Shape)
• Bentuk dua dimensi mempunyai hanya dimensi panjang dan lebar seperti sekeping kertas.
• Terdapat tiga jenis bentuk dua dimensi:
a) Bentuk geometri
b) Bentuk abstrak
c) Bentuk
gambaran
5. Bentuk
Tiga Dimensi (Form)
Bentuk tiga
dimensi mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi. Ia boleh didapati dalam
dua kategori:
- Bentuk tiga dimensi sebenar adalah bahan sebenar yang mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi, cth meja.
- Bentuk tiga dimensi tiruan ia kelihatan seolah-olah mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi atau tebal, cth gambar foto dan lukisan yang diberi bayang.
Contoh,
lukisan dibawah ini yang menggunakan bayang untuk menunjukkan dimensi
ketebalan.
Prinsip
Reka Bentuk Visual
Berkaitan
dengan kaedah menggunakan elemen-elemen grafik agar visual menjadi
menarik. Terdapat enam prinsip reka
bentuk visual.
- Simplisiti
- Dominan
- Pola
- Seimbang
- Variasi
- Harmoni
SIMPLISITI
- Sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas
- Sesuatu hasil mestilah nampak mudah dibaca atau difahami tetapi masih boleh menarik perhatian
DOMINAN
- Pusat penumpuan atau minat
- Dalam sesuatu rekaan visual, objek atau item utama mesti ditonjolkan
- Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan
- Menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third)
Peraturan satu pertiga berasaskan
kajian yang menunjukkan bagaimana manusia menyaring sesuatu visual. Daripada
kajian itu, didapati perhatian tetumpu lebih disudut atas kiri daripada
tempat-tempat yang lain.
- Warna dan bentuk yang kontras
- Saiz yang lebih besar
- Menggunakan anak panah menunjukkan ke arah item utama
- Menggunakan garis yang menunjuk item utama
- Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair, guli atau kipas
- Menggunakan lampu atau cahaya memancar.
POLA
- Berkaitan dengan soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual.
- Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat
- Menarik penglihatan mata ke arah item utama
- Menggerakkan penglihatan mata kepada keseluruhan visual dalam arah yang betul
- Mengekalkan penglihatan mata dan seterusnya mengikuti aliran persembahan sampai ke titik akhir
SEIMBANG
- Keseimbangan perlu dalam rekaan sesuatu visual
- Elemen grafik disusun seimbang agar mempunyai daya penarik dan keselesaan mata memandang
- Terdapat dua jenis seimbang
- Seimbang formal : seimbang yang sama atau simetri di antara kedua- bahagian kiri dan kanan atau atas dan bawah
- Seimbang tidak formal : bermakna pembahagian yang tidak sama rata.
VARIASI
- Variasi menyokong pola untuk meningkatkan tarikan terhadap visual
- Penggunaan elemen-elemen dalam sesuatu komposisi dapat menjadikan visual seolah-olah hidup
HARMONI
- Memberikan rasa yakin dan pasti kepada penonton/ pembaca apabila melihat gabungan elemen-elemen grafik, aliran persembahan dan kesatuan mesej.
No comments:
Post a Comment