REKA BENTUK VISUAL
DEFINISI
- Visual ialah alat komunikasi yang dapat memberikan rujukan konkrit yang lebih baik daripada pernyataan secara lisan atau bertulis.
- Fungsi utama visual adalah untuk komunikasi dalam pengajaran.
- Sebahagian besar daripada kejayaan yang melibatkan bahan visual adalah berdasarkan hasil daripada perancangan rapi dan kesesuaian teknik yang digunakan pada visual tersebut.
KEPENTINGAN
- Visual menjadikan idea (perkataan) lebih konkrit.
- Visual membantu ingatan untuk menghubungkan idea.
- Visual memotivasikan pelajar dengan cara menarik perhatian, mengekal perhatian dan menghasilkan maklum balas emosi.
- Visual dapat menghuraikan maklumat yang sukar difahami.
- Visual juga dapat menggambarkan perkaitan antara unsur-unsur yang berlainan.
- Memudahkan idea atau maklumat yang sukar difahami
- Memastikan kebolehbacaan (dapat lihat perkataan dan imej dengan jelas).
- Meningkatkan kefahaman jika digunakan bersama kapur dan tutur (chalk and talk).
- Dapat menarik perhatian kepada perkara yang terpenting.
- Reka bentuk visual yang baik dapat meningkatkan komunikasi antara punca (pemberi) dan penerima.
- Mudah untuk interpretasi mesej.
- Digunakan untuk membantu sebarang komuniksi bentuk bukan visual.
No comments:
Post a Comment